Monday, 1 June 2020

Umrah DIY : Visa pelancong

Sedikit info dan panduan umrah DIY kali ni saya guna visa pelancong.Lebih mudah guna visa pelancong jika nk diy n perempuan bole buat umrah tanpa mahram....bukan menggalakkan ye tanpa mahram….in my case saya bawa mak saya saja tanpa suami sebab baru Ramadan lepas saya pegi dgn suami. Jadi suami tolong jaga anak2 plak....jika murah rezeki insyallah akan bawa ank2 semua. Cuma dalam trip umrah kali ni saya bawa mak jalan2 ke Jordon.

1. Tempah tiket Flight
    -Tempah sendiri guna google flight or application lain…tempah awal harga tiket lebih murah…

2. Tempah Hotel
-Bole guna www.booking.com or www.agoda.com jgn lupa download www.//m.shopback.my 
- Mekah –hari tu saya tingal di Grand Mekah Hotel ingat dekat mmg dkt nk solat tapi tuk ke Kaabah jauh sbb byk sangat construction skrg walau baru pegi rasa dh lain sangat. Grand Mekah dkt dgn Safa dan Marwah hill. Bila nak balik hotel dari Kaabah akan lalu Safa dan Marwah keluar pintu 70. Mula saya dah book di www.airbnb.com/r/epaii private room 3 beds dkt dgn Dar Bab Al Salam…bole jln kaki 10 minit sahaja ke Haram tapis bb kerja2 constructions byk jln yg tutup so kena tambah lagi 10 minit berjalan…sbb bawa mak saya cancel…Mr Hattan pun baik dia pulangkan balik duit booking…baca review semua ckp homestay dia bagus..harga pun murah saya dapat rm 264.75 untuk 3 malam….jika anda bawa mak..ayah or org tua better stay di Makkah Towers, Pullman, Elaf Al Mashaer Hotel Makkah….apapun terpulang pada budget anda.
- Madinah- Rehab Taba Hotel- dekat dengan pintu 6/7, hanya 5 minit jalan. Raudah untuk perempuan pintu 25, untuk lelaki pintu 37-40 maybe….so anda bole cari hotel yang dekat dgn pintu2 tersebut supaya xjauh nk jalan.
   
2. Kursus Umrah dan injection
     - Tabung Haji lihat laman web tabung haji ada tarikh dan masa…dekat tabung haji juga ada disediakan perkhidmatan injection Rm 150 di tabung haji Kuala Lumpur…jika anda di tempat lain bole pergi klinik yg menyediakan injection untuk umrah….dlm visa xde tanya pun injection tapi tuk protect diri anda sgt2 perlu.

3. Visa : Visa Pelancong
-Bole buat sendiri di laman web https://visa.visitsaudi.com 
- Sahlaku setahun
- Multiple entry
-Harga Visa SR 463.44 (RM 520)
-Lihat tutorial lengkap cara nak buat visa https://youtu.be/OMfj7ODKBdE 
-10 minit akan dapat samada dia hantar ke email atau telefon anda….pastikan print sangat2 penting nnt dia akan check…print la byk2 or simpan copy dlm phone dan email.

4. Untuk umrah kali ni saya buat terus maksud berhenti di Jeddah terus ke Mekah dan menunaikan umrah. Kain ihram bagi lelaki perlu pakai siap2…bagi perempuan diwajibkan pakai baju putih dan menutup aurat. Dalam flight bila melintasi miqat pilot akan announced …bila dah niat ingat jaga pantang larang ihram…baca buku beli la buku baca and kaji sendiri. Sebelum pergi penuhkan ilmu2 di dada baca buku dan kitab2…contoh menghayati kisah hidup Rasullulah, sejarah peperangan di Madinah, kelebihan Mekah dan sebagainya.
5. Dari Jeddah ke Mekah
Sampai di Jeddah saya naik Careem SR 141. Download aplikasi careem n uber siap2…cuba la buat perbandingan mana murah tekan melalui google map…nasib saya je dpt sar 141 tu. Bole juga download umrah cab satu kereta sar 250 jika ramai kos bole kongsi2 bole tempah siap2. Sampai hotel check in letak barang dan terus buat umrah.
6. Mekah ke Madinah
Selepas buat tawaf wida terus bertolak dan bersegera meninggalkan tanah haram….masa ni tak bole ambil gambar,bagi sedekah or membeli lagi lepas tawaf wida terus ke Hotel ambik barang. Dari Mekah ke Madinah saya naik Saptco vip bus. Bole juga beli siap2 tiket dlm web www.saptco.sa kos sar 116..sediakan duit kecik siap2 dlm kes ni saya dh kena pau dgn mamat yg jual tiket ni…xbg duit lebih so niat sedekah saja. Dari Hotel di Mekah saya ambil careem ke Saptco Vip Ticket Booth. Dalam 4 jam sampai la anda di Madinah. Bus akan berhenti di depan Crowne Plaza Madinah. Hotel yg saya booking dkt je 13 minit jln kaki…tapi sbb beg sangat berat jd ambil la uber or careem kena dalam Sar 25 walaupun sgt dkt….
7. Ziarah
Bole pilih dan rancang sendiri mana anda rasa nak gi…antaranya di Mekah- Bukit Thur,Padang Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Maulid An-Nabawi. Di Madinah bole lawat kilang Quran lelaki bole masuk dan dapat senaskah al quran, bole naik bus hop in hop off…dan ada juga di sediakan sekarang Zyara Pass bole guna tanpa had, beli dkt driver Sar 15 utk 3 hari, Sar 10 utk 1 hari. Stesen bas di gate 7,gate 21 dan gate 37. Dari haram bas hanya ke Quba sahaja,jika nk ke Bukit Uhud, masjid Qiblatain dan Khandaksambungan bus seterunya adalah di Quba’, tiada direct bus dari Haram ke 3 lokasi berikutnya ini. Anda perlu kembali semual ke Quba’ untuk pulang ke Haram.
8. Madinah ke Lapangan terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz naik careem…..ada bus tapi mls nak naik bus sbb barang banyak. Dari Madinah bermula trip saya Ke Jordon.
Jika ada persoalan bole pm…ada yg bole saya bantu…saya akan bantu…jika nak itinerary bole pm tepi…..silakan share.